Tips Kuatkan Daya Ingatan


Eyhh , kenapa kau remember many things eh ?
memang kau menghafal or kau cepat tangkap apa yg cikgu ajar ??
I wonder laa ..



Cikgu cakap sikit je , dya sambung ..
continue , and continue ...
hebat-2 ! nak jugak !

Banyak yang dia ingat ..
kita setakat tahu but dia  INGAT .
jealous .. jealous...

"So , pergi la hafal .Practice makes perfect , you.."


Dan ini sedikit tip untuk menguatkan daya ingatan ..
cepat-2 sediakan 1 buku / kertas kosong untuk salin dan tampal di dinding dalam bilik or

somewhere ..

TIPS MENGUATKAN DAYA INGATAN :




  •  Sentiasa mengingati Allah
    • Yang paling penting ialah ingat Allah s.w.t. sentiasa dengan berzikir. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kepadaNYA.
    • Mengamalkan puasa
    • Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda

      •  Berdoa
      • Berdoalah kepada Allah s.w.t. agar anda diberikan kekuatan daya ingatan, hati yang tenang, dan minda yang cerdas.

    •  Membaca dan menghafal Al-Quran
    • Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.
      •  Relaksasi secara teratur
      • Salah satu cara yang paling efektif untuk meningkatkan ingatan adalah berusaha mengendorkan ketegangan seluruh otot tubuh sebelum mempelajari sesuatu yang baru. Mengikut kajian, relaksasi otot dapat mengurangkan kecemasan yang sering dirasakan seseorang ketika berusaha mempelajari hal baru.
    • Tidur nyenyak
    • Tidur malam yang nyenyak, sangat baik untuk ingatan anda. Penelitian menunjukkan, orang yang terbangun ketika sedang bermimpi tidak mampu mengolah memori dari hari sebelumnya. Jadi, ia mudah lupa.
      •  Istirahat cukup
      • Istirahat yang cukup amat penting supaya otak berfungsi secara maksimum, otak memerlukankan istirahat untuk mengendapkan dan mengkonsolidasikan ingatan. Istirahat yang diperlukankan otak bervariasi, bergantung pada kerumitan dan kebaruan informasi, serta pengalaman orang yang bersangkutan. Cara yang baik adalah memberi waktu istirahat otak 3 hingga 10 minit setelah otak beraktiviti selama 10 hingga 50 minit.
    •  Kembangkan sikap mental positif
    • Gantilah setiap sikap mental negatif atau kritik terhadap diri sendiri menjadi sikap yang positif, kerana hal itu akan menimbulkan rasa keyakinan diri yang berpengaruh positif terhadap daya ingat.
    •  Fokus
    • Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan. Fokuskanlah segenap perhatian terhadap hal-hal yang penting di dalam memori anda bila anda sedang beristirahat dan rileks. Kalau anda mencuba mengingat sesuatu pada saat anda sedang lelah, maka besar kemungkinan anda akan kecewa.


    Dan banyak lagi .. nak tahu lebih lanjut .. JOm ---> KLIK SINI !