Ya , Benar lah !


"Apa yang kau ada ? Kau miskin , hodoh , tak pandai pula tu ."
Dia mendongak sambil menudingkan jari ke arahnya seraya berkata , 
"Tengok aku ni .. kaya , cantik , bijak..Orang macam aku ni di pandang tau. Not like you ! "



Faktanya,situasi  di atas memang berlaku dalam kehidupan seharian kita ...

Jadi,apa yang bermain di minda anda sekarang ?
-Berlagak nya dia tu !
-Huh ! tak tahu bersyukur.
-Alaa..cakap la besar,Allah tarik balik baru tau .. 
-Bajet dia ada semuanya la tu ..
-Ada jugak eh manusia macam ni ??
-dan lain-lain .

Baik , berbalik kepada kata-kata tadi , tidakkah anda merasakan bahawa sombongnya orang itu ..
Seharusnya,kita perlu mengelakkan sifat tersebut .. Sifat mazmumah ..
Kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada , dengan melafazkan Alhamdulillah , mentaati perintah Allah,mungkin 

berkongsi rezeki yang dikurniakan dengan orang yang kurang bernasib baik ..
Tidak sepatutnya kita mencaci maki orang yang kurang daripada kita .
Kini,manusia sudah terlupa  bahawa semua manusia sama disisi ALLAH.
Akan tetapi,yang membezakannya hanya iman dan taqwa seseorang itu .



"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari
(nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih"  

Begini lah ya , walaupun sekarang kita memiliki kereta Mercedez Benz atau Lamborghini tetapi apabila mati 
kelak kita tetap akan dikafankan dengan kain putih dibawa ke kubur menaiki van jenazah ..
Pernahkan anda terbaca atau terlihat mana-mana fakta yang menyatakan " Seorang jutawan dunia Sifulan b. Sifulan 
telah meninggal dunia pada pagi kelmarin dan dikafankan dengan kain berwarna hitam bersempena dengan warna kereta 

kesayangannya,Lamborghini . "
Pernah ? 
Tak pernah,kan ..

Sesuatu yang belum pernah berlaku.
Sedarlah , Semua orang akan mengalami mati. Dan apabila kita mati, maka terputus lah segala amalan kita melainkan 3 

perkara.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W.
“Apabila mati seseorang anak Adam itu .. maka akan terhenti segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah,
ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”

Jelaslah, tiada apa yang membezakan manusia di sisi Allah kecuali IMAN dan TAKWA seseorang itu .
Kadang-kadang,kita berkecil hati apabila tidak dipandang,kurang diberi perhatian oleh manusia namun yakin dan 
percayalah ALLAH sentiasa ada bersama kita ..ALLAH itu Maha Pemurah lagi Maha Pengasih . :)

Manusia hanya menilai dari segi pandangan seorang manusia yang banyak kelemahannya , 
tetapi ALLAH menilai dari sudut pandangan Sang Pencipta ..



Wallahu'alam ..