Istiqamah is not easy, but Let do our best InsyaAllah.♥



Merasakan diri ini  bergelumang dengan dosa , ku cuba mencari sesuatu motivasi untuk meningkatkan semangat , memperkuatkan hati untuk kembali kepada fitrah seseorang manusia itu ... Kembali kepada Allah yang dirindui ...
Aku mencari kisah hijrah hamba Allah. Aku menemukan sebuah kisah yang indah ..
Allah ... Allah .. Allah ... Sungguh , Hidayah itu milik Allah .
Tetapi , siapakah kita andai tidak pernah bersyukur atas segala pemberian nikmat Allah ?

Antara kata-kata yang menguatkan semangat ku untuk tidak berputus asa dalam menggapai redha dan kasih Ilahi ialah

[ Beri peluang kepada diri sendiri. Kita mampu menjadi jauh lebih baik daripada kita hari ini & semalam.
Sahutlah Hidayah Allah & hijrahlah.
Kita tidak akan menyangka ke mana Allah akan membawa kita ke darjat yang lebih baik disisiNya..

"Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah Memilih kamu, & Dia tidak Menjadikan kesukaran untukmu dalam agama....... Maka laksanakanlah solat & tunaikanlah zakat, & berpegang teguhlah kepada Allah. Dialah Pelindungmu, Dia sebaik-baik Pelindung & sebaik-baik Penolong." [al-Hajj : 78]

Mana mungkin semua lumpur-lumpur dosa yang menebal dapat dibersihkan dalam masa sehari.

Mana mungkin untuk menyapu dosa-dosa hitam di dalam hati hanya dalam masa yang singkat...


Proses hijrah & memperbaiki diri memang panjang. Ia tidak akan mampu menjadi sempurna dalam masa sehari, bahkan ia adakalanya memerlukan kerja keras memakan masa bertahun..

Namun, jangan sesekali berpaling semula ke arah jahiliyyah & kemaksiatan. Kuatkanlah semangat & berpegang teguhlah kepada tali yang paling ampuh; iaitu Allah.

Jangan putus asa... Allah sentiasa ada di sisi menemani. ]

Allah ... Moga kami , seluruh muslimin dan muslimat sentiasa berada di jalan-MU.. insyaAllah ... Jangan kau palingkan hati kami , setelah engkau memberi hidayah ..
 Amiin ...


Istiqamah is not easy, but Let  do our best InsyaAllah. ♥

P/s : Peringatan buat diri ini , serta perkongsian buat sahabat-2 .

3 comments: