Kerana dia juga Manusia



Bukan kerana aku Cinta ,
Bukan jua kerana aku suka ...
Entah mengapa , hati ini pilu tatkala mengenang nasib yang menimpanya ..
Mungkin benar , itu salahnya .!
Tetapi , adakah dia tidak layak untuk diberi peluang agar berubah ke jalan yang benar .
Aku sedih , air mata ini hampir menitis apabila melihatnya di satu sudut terdiam keseorangan ...
Sedangkan sahabat-sahabatnya sedang bersorak keriangan tanpa mempedulikannya..
Lain benar dirinya yang sekarang dibandingkan dengan sebelum ini .

Perasaan sedih ini hadir tanpa diundang .
Ku tegaskan sekali lagi , ianya Bukan kerana Cinta ..
Hati ini digenggam erat oleh Allah Yang Maha Agung .
Jadi,fikiranku mengatakan perasaan kasihan ini datangnya dari ALLAH Yang Maha Kuasa .
Perasaan kasih akan saudara se-Islam ku .

Sungguh,salahnya kerana bertindak tanpa memikirkan akibat yang akan ditanggung .
Salah juga si sahabat , meninggalkannya tatkala dia terumbang ambing ..
Allah , hanya padaMu kami menyembah dan memohon pertolongan ..
''Wahai Allah Yang Maha Pengasih , kembalikanlah dia ke jalan yang benar .Sedarkanlah dia sebelum terlewat.
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun.Jadikanlah dia orang yang suka dan cinta akan kebaikan. Amiin.''
Allah , Engkau Maha Memakbulkan doa..Kau makbulkanlah doa ku ini ...

Dia juga manusia ,
Layak diberi peluang untuk berubah ...
Sahabat , mengapa kau tinggalkannya di saat genting ini ?
Aku tak mampu untuk bertindak melainkan hanya doaku mengiringinya...
Kau sahabat !
Apa guna digelar 'sahabat' andai hanya untuk bersuka ria ,
Meninggalkan insan yang terleka dek nikmat dunia tanpa menegurnya ...
Apa guna ?

Sungguh , dia memang seorang yang sukar dibawa berbincang ..
Dia seorang yang panas baran ..
Dia seorang yang terlupa akan indahnya Islam kerana diuji dengan nikmatnya Dunia ..
Tetapi,Allah Maha Pengampun .
Mohonlah pengampunanNYA , nescaya DIA akan mengampunimu .

Hari ini , aku sempat bercakap dengannya .
Aku menyapanya ,
kerana apa ?
Kerana aku ingin dia tahu ,
masih ada yang sudi menerimanya walaupun tahu apa yang telah dilakukannya ...

Firman Allah swt:
“Dan bersegeralah kamu kepada keampunan Tuhanmu & syurga yang terbentang seluas langit & bumi yang disediakan bagi orang yang bertaqwa.” [ali-Imran (3) : 133]

[09092013]



No comments: