Bersedia untuk ke Medan Perang !





Assalamualaikum ...
Waktu semakin pantas berlalu.. Seolah-olah ia berlari agar aku tak dapat mengejarnya...
Aku semakin leka dan alpa.Terus hanyut dengan keseronokan yang sementara..Bermacam-macam yang berlegar-legar di otakku..Kebanyakannya lebih kepada lagha(benda yang sia-2)..
Antaranya Running Men , Facebook , dan yang sama waktu dengannya ..

Mak pun dah bersuara menyatakan kebimbangannya , 
"Kaklang , dah la ..berhenti sat duk ngadap laptop , berhenti tengok running men ..Tak berapa hari ja lagi nak SPM.Pulun la sikit .. Jangan bagi jatuh result tu .. Lepas habis SPM ni main la puas-2 .."

I know mom will say like that ... I'm sorry mom ..
Entah laa..sifat MALAS ni , susah bebenor nak melawannya .. Tapi,hati ni juga meronta-ronta untuk tidak mengecewakan Mak dan Ayah ... Mana mungkin seorang anak dengan sengajanya sanggup mengecewakan hati kedua ibu bapanya yang telah banyak berkorban untuk masa depannya .. 
That's why I need a changers in MY LIFE .. !
For me,they,them and all of us .

Jadi,ayuh wahai sahabat !
Bangun untuk dirimu ..

Untuk Ibu Bapa mu ,
Serta untuk Ummah ...
Aruhul Jadid (semangat baru) !

Doakan saya dan sahabat-2 untuk berjaya menggenggam sehelai kertas keputusan SPM yang tertera 10A+ diatasnya ..
InsyaALLAH , bi iznillah :)
Saya akan menjenguk blog ini sekali sekala , dan akan kembali setelah URUSAN saya selesai :)






Ini sedikit perkongsian yang di ambil dari [ https://www.facebook.com/magnet.alfatih ]

TIPS MAGNET KEJAYAAN

Pastikan anda mempunyai M.I.N.A.T

M - Mentor yang berjaya.

Jalan menuju kejayaan akan lebih mudah sekiranya jalan itu pernah dilalui oleh mentor yang telah pun berjaya. Minta nasihat dan tunjuk ajar daripada mentor supaya kita dapat bezakan antara jalan mati dan jalan menuju kejayaan. Liku-liku dan onak duri tetap akan ada, namun kita pasti sudah mengetahui di mana ianya berada dengan tunjuk ajar mentor!

I - Ilmu yang bermanfaat.

Menuntut ilmu itu penting. Belilah buku - buku yang berkaitan dengan bidang yang dipilih dan bedahlah ia. Hadirkan diri ke seminar - seminar yang membantu anda memperoleh input berguna. Buat pelaburan bagi mendapat ilmu.

N - Niat yang suci.

Niatkan kejayan yang bakal anda perolehi untuk kebaikan ummah, memberi manfaat kepada keluarga, masyarakat, dan agama. Kejayaan yang diperoleh adalah untuk dipulangkan kepada ummah!

A - Azam yang tinggi.

Bulatkan hati untuk mencapai kejayaan yang dirancang. Ramai yang gagal disebabkan gagal mempunyai keazaman yang tinggi. Elak daripada berputus asa! Elak 'Hangat-hangat Tahi Ayam! Cekalkan hati bangkit daripada ujian yang melanda. Kegagalan adalah hanya untuk orang gagal mempunyai keazaman yang tinggi!

T - Tindakan yang bijak!

Bertindak dengan bijak. Rancang perjalanan dengan penuh strategi kejayaan! Fokus dalam tindakan yang diambil.

Sebarkan ia! Moga bermanfaat untuk semua! 


Nur Imtiaz,
[17102013]