Ahmad Ammar Ahmad Azam





Subhanallah ! Menitis air mata tengok video tentang Ahmad Ammar.
Ana baru tau tentang kisah beliau .
Moga rohnya dicucuri rahmat dan tenang di sana :)

Sudah tentunya , dia bahagia di sana .
Indahnya pemergiannya . MasyaAllah .
Al-Fatihah .

Luangkan sedikit masa untuk melihat video yang sangat bermanfaat ini :)




 "Kami menghantar anakanda kami ke bumi AlFateh bagi mempersiapkannya untuk umat. Rupa2nya Allah mempersiapkannya untukNYA." - Puan Nur Azlina (bonda Allahyarham Ahmad Ammar) 

"SubhanaLlah, AlhamduliLlah, ALlahu Akbar! Tiada ku duga pemergian Ahmad Ammar telah menghidupkan begitu banyak jiwa. Aku merasa begitu kerdil tika di tanyakan apa formula bagi mempersiapkan Ammar begitu rupa! Jujur aku katakan, sumbangan aku terlalu sedikit. Sekadar meletakkan visi dan misi yang aku impikan kepadanya. Rupanya, apabila ku nawaitukan anak ku ini untuk ALlah dan RasulNYA, perancangan ALlah berjalan dengan cara yang tiada mampu untuk aku membayangkannya. Apalagi untuk memahaminya. Pemergian Ammar mengajar aku banyak perkara mengenai KEBESARAN ALLAH ! Terima kasih Ya ALlah !" - Tuan Haji Ahmad Azam (ayahanda Allahyarham Ahmad Ammar)





Nur Imtiaz,
[20112013]