13 Oct 2013

Teka-teki Imam Ghazali




Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = ” Orang tua “

Murid 2 = ” Guru “

Murid 3 = ” Teman “

Murid 4 = ” Kaum kerabat “

Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Negeri Cina “

Murid 2 = ” Bulan “

Murid 3 = ” Matahari “

Murid 4 = ” Bintang-bintang “

Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”

Murid 1 = ” Gunung “

Murid 2 = ” Matahari “

Murid 3 = ” Bumi “

Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “

Murid 1 = ” Baja “

Murid 2 = ” Besi “

Murid 3 = ” Gajah “

Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Kapas”

Murid 2 = ” Angin “

Murid 3 = ” Debu “

Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

5 Oct 2013

Hanya Tuhan Yang Tahu .



Hari ni Sabtu .. Macam biasa , Date aku dengan Sir Math dan Addmath aku serta kawan-kawan aku yang nak menuntut ilmu ..
Aku insan yang belajar addmath dengan penuh rasa curiga .. Apakah manfaatnya , apakah perlunya , apakah kegunaanya aku dan yang lain-lain belajar addmath ?
Sedangkan aku bukan lah ingin menjadi seorang cikgu Addmath yang digeruni orang ramai .
Mungkin ada sesuatu yang belum tersingkap pada pandangan aku ..
Biarpun begitu , aku tetap berpandangan ianya ILMU ALLAH .. jadi,aku tak berhak untuk Celupar dan cakap bukan-2 tentangnya .. Astaghfirullahhalazim ...

Seperti biasa , aku pergi untuk menuntut ILMU matematik dan matematik tambahan .. Aku keluar dari rumah pukul 4.10 mungkin dan i'm not sure pukul berapa sampai ke tempat tusyen .
Rasanya 5 minit je sampai sebab naik motor. Cuaca agak mendung dan sempat hujan sekejap ..
Aku pun menaiki tangga sambil membetulkan tudungku yang ditiup angin dek membonceng motor tadi ..
Sampainya aku didepan pintu kelas tusyen ku , suprise ! Nobody was there except my Sir and an Indian's girl .
Fuhh ! Lemah semangat ... Stress ! macam-macam laa  dalam otak ni .
By the way , aku try positive thinking by saying that "they will come . they just late." Kononnya !
Masa berlalu dengan lambatnya .. Tik .. tok .. Tik .. tok ..Tik .. tok ..
Entah kenapa , disaat aku keseorangan ni la aku terlupa untuk pakai jam .. Geram sangat .

Sir pun bagi la kertas soalan yang perlu aku buat ..
Nasib la soalan yang Sir bagi tu agak senang dan ada contoh .. Kalau tak jenuh jugak la , nak kena tanya Sir .
Aku ni bab bertanya , berat mulut sikit .. Bab merapu no.1 . hehe.
So,aku pun buat la soalan tu dengan kusyuknya ..
sekejap tanganku menari-nari di atas kertas,sekejap lagi tergedik-gedik di atas kalkulator ..
Kawan-kawanku tak kunjung tiba jua .. Aku kecewa dengan mereka ! Haha.
Berpakatkah mereka untuk membiarkan aku keseorangan hari ini ?
Lupakah mereka akan 'Date' yang selalu kami hadiri beramai-ramai ?
Pening aku memikirkannya ..
Sebenarnya , tak perlu pun aku nak ambil port kalu diorang tak datang tapi saja nak kusutkan kepala otak ni ..
Biar dia berfikir sikit .. Hehe.

Kemudian , Sir mengeluarkan kertas Addmath dan memberinya kepadaku .
Aku terima dengan hati terbuka kertas itu . Cewwah !
Aku pun siapkan kertas Mathematic dengan sepinya ..
Beralih ke kertas Add Math . Aihh ! Berpinar mata .. Nak kata solan ditulis dalam bahasa Perancis , tak nampak gaya pun ..
Tapi,entah kenapa susah benar nak fahamkan soalan tu ..
Aku paksa diriku untuk menyelesaikannya juga .. Dan seperti biasa , ianya takkan dapat diselesaikan oleh ku tanpa bantuan Pakar ..
Sekejap-sekejap Sir tanya "Ada apa-2 soalan ?"
Dengan muka selamba badaknya , aku menggeleng .. Ada ke patut ?! hurmhh ..
Entah laa . Otak aku keliru !

Setelah satu jam setengah berlalu , Sir ask me.. "Kawan awak yang ambil addmath tu tak datang ke ?"
Macam biasa , jawapan aku "Tak tau."
Haa,Sir bagi Hint la tu yang sekarang ni dah waktu Addmath ..
Actually , kawan aku yang Sir maksudkan tu dah berhenti ..
Aku malas nak cerita panjang and said No .
So,sekarang ni aku tunggu kawan aku yang sorang lagi yang belum berhenti Miss D .
Tunggu .. tunggu .. tunggu ..
Hampeh ! Tak datang jugak . Jangan-2 , dia pun dah berhenti tak ?
Uwaaaa ! Nak nangis .. Sorang-sorang la aku lepas ni ... Aku pun nak stop jugak .. Not fair betul laaa..

Kertas addmath yang soalannya tak dapat aku selesaikan , dijadikan tempat meluahkan perasaan .
Ah , aku keliru ! Kesian kertas tu , hampir kesemua tempat kosong telah aku isikan dengan luahan hatiku ..
Aku sempat memikirkan idea jahat ..
Aku terfikir untuk memberi sesuatu alasan kepada Sir supaya aku boleh balik rumah awal daripada yang biasa ..
"Sir,what's time now? Let's go home now coz I wanna go back to my hometown . Wanna visit my Grandma ."
Tu la yang ada dalam kepala otak aku .. Tapi , berat sungguh nak keluar . Tersekat dekat tengah kerongkong . Kelu . Terdiam . Membisu .
Angan-angan hanya lah tinggal angan - angan ...
Sediyh !


[05102013]

Kesekian kali ?

Assalamualaikum .. 



Setelah lama menyepikan diri , daku kembali menaip disini .. Hurm , mood tengah UP nak join GiveAway .. Agak lama tak join .. Rindu rasa hati nak terima hadiah .. ehehe ~

Sejak dua menjak ni agak busy dengan kehidupan sebagai seorang Calon SPM .. Bulan 9 hari tu Percubaan SPM dah settle . Result dah keluar .. Alhamdulillah 

Sekarang ni , tengah struggle untuk menghadapi SPM sebenar ..
Tusyen sekolah + tusyen luar .. Memang agak busy bila hari sekolah .. Hari - hari cuti pun busy jugak , dengan kerja sekolah dan tusyen ... Mungkin , ini dinamakan pengorbanan belajar . Hoho ..

Apa-apa pun , tetap cari masa untuk hiburkan hati dan hilangkan stress .. Waktu-2 kemuncak macam ni , Cikgu selalu pesan jangan STRESS .. Bahaya kalau stress .. tak pasal-pasal hilang habis segala ilmu yang dipelajari . Otak jammed ..  Nauzubillah ~

Moga Allah permudahkan segala urusan kita dan berikan keputusan yang terbaik . insyaAllah 

P/s : Dah-2,tak yah duk cerita panjang-2 .. jom pi join GA