Cukup hanya pada DIA

 Aku belajar, saat kita terlalu berharap pada manusia ada 2 kemungkinan yang akan berlaku.
; Sama ada dia memenuhi apa yang kau harapkan
Atau
; Dia sekadar diam membisu.
‘SAKIT’ yang kau rasa, tatkala apa yang kau harapkan daripada seseorang tidak berlaku.

Namun, lain pula apabila kau hadapkan kebergantunganmu hanya pada ALLAH.
Ada konsep ikhlas dan redha yang terselit. Mana mungkin kekecewaan mu berganda-ganda seperti yang kau rasa tatkala kau mengharap pada manusia.
Kerana apa? Kerana fitrah dan imanmu sedar, ALLAH itu Maha Tahu. ALLAH itu Maha Kuasa.
DIA yang lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-2NYA. Saat dirimu terlajak mempersoalkan takdir dan kehendak ALLAH, segeralah beristighfar. Astaghfirullahhal’adzim.. Astaghfirullahhal’adzim…Astaghfirulahhal’adzim… Moga Allah ampunkan keterlanjuran kita.

Yakin dan Percaya, ALLAH sentiasa tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNYA. Sama ada kesedihan atau kegembiraan yang DIA pinjamkan, beringatlah semuanya sebagai UJIAN selagi mana kau masih berpijak di ‘Dunia’.

Bukan kah dunia ini hanya ‘persinggahan’?
Yang namanya ‘persinggahan’ tiada yang bersifat ‘abadi’!
Ia hanyalah SEMENTARA.

Tepuk dada tanya Iman.
Pesan pada diri; Sabar, Ikhlas, Redha. Berdoalah, itu senjata Mukmin.
Apa yang tak kau berpuas hati, apa yang membuatmu tidak gembira, hatta apa-2 yang membuat mu gembira jua sekalipun.. hadapkan , luahkan ia hanya pada Sang Pencipta. Hanya DIA yang MAHA TAHU setiap apa yang ada di dalam hati kita :’)

Hanya DIA Yang Maha Esa <3


Me,
05032016
Kuala Terengganu

*SZNB*

No comments: