Seribu Satu Rasa

KISAh kita berbeza, tapi kita punya rasa yang sama.
.
.

Catatan ini, untuk sebuah masa silam yang telah d i t i n g g a l k a n.

Soalan-soalan yang dulu pernah menyibukkan benak tidak lagi singgah di fikiran.

Kau tidak akan tahu betapa rumitnya sebuah kehidupan yang perlu dijalani setelah aku memilih
p u l a n g.

Kau tidak akan terbayang betapa bersimpang siurnya lereng perbukitan pengalaman setelah aku tidak lagi menoleh ke b e l a k a n g.

Kau tidak akan menyangka samudera kemelut yang direnangi sehingga aku tiba ke pulau yang kau tak pernah kenali.

Untuk itu, berlaku a d i l l a h .

Aku telah memilih diam, dan membungkus kemas semua kesulitan.

Perlukah kau mendesak selongkar bahagian yang tak ingin lagi aku kongsikan?

Kau tidak akan m e n g e r t i , sepertimana sebelum ini kau tidak pernah peduli.


Credited to : Makngah @ Nurul Jannah

 #menyampaikanseribusaturasa


No comments: