M E N U L I S !



Assalamualaikum , buat sahabat-2 yang sudi membaca or terbaca :)

Aku bukan lah orang yang pandai menulis . Ayat ku , semuanya ayat-2 skema and ayat orang kampung ..
Nak berbahasa baku ? Tunggu exam je kot ..
TAPI , keinginan untuk menulis tu membuak-buak ..  pelik , kan ?
Aku suka sangat baca hasil karya penulisan sesiapa yang pandai menulis .
Ayat-ayatnya indah dan sedap dibaca :)
Sedangkan ayat aku , tunggang langgang . Sesiapa yang berjiwa seni saja yang mampu faham ayat putar belit ku ini .. hehe

Hari ini 18 September 2013 .
Trial SPM pun dah  lama tamat dan result pun telah diketahui ...
Alhamdulillah , keputusan agak memberansangkan ..
Even markah cukup-cukup makan , tetap rezeki juga kan ? Syukur , ya Allah .

Seorang sahabat bertanya , " Mahirah , hangpa sedih dak kalau tak dapat A ?"
*Cek ni dah la tak berapa reti nak bersoal jawab .. hadoii !*

Aku pun jawab ,
" Entah , tak taw .. haha*gelak* ." Diam seketika ..

Aku menyambung ,
 " Kalau dah usaha tapi tak dapat , rasanya tak terkilan sangat .. Kalau tak usaha , tak dapat .. ha,yang tu memang patut. At least , kita dah USAHA . Macam cikgu kata , Redha tu kena ada juga .. "

Nur Imtiaz
[18092013]

Thanks to Allah



Alhamdulillah , sekarang ni aku cuba praktikkan pakai handsock dalam kehidupan seharian aku ..
Aku pakai handsock pi skolah .
Even , kadang-2 gatal-2 tangan sikit ..
maybe , sebab jarang pakai ..
Sebelum ni ,pakai sekerat hari ja dah x tahan ..
duk rimas nak buang , Sekarang Alhamdulillah boleh sampai habis waktu sekolah . :)
Alhamdulillah , syukur . Seronok rasanya ...
Bila pakai handsock bebas sikit nak bergerak secara aktif , my means if kita buas-2 kan lengan baju terselak menampakkan tangan kita
 so handsock bantu untuk cover Aurat kita ..
Tu yang best  tuu .. :)

Jom perlahan-2  menggapai redha Allah dan menuju syurga Allah :)

bip-2 : "Seorang muslimah menjaga auratnya dengan sempurna kerana Allah, lalu Allah memelihara maruahnya dengan sebaik-baiknya.."

Nur Imtiaz
[10092013]

Kerana dia juga Manusia



Bukan kerana aku Cinta ,
Bukan jua kerana aku suka ...
Entah mengapa , hati ini pilu tatkala mengenang nasib yang menimpanya ..
Mungkin benar , itu salahnya .!
Tetapi , adakah dia tidak layak untuk diberi peluang agar berubah ke jalan yang benar .
Aku sedih , air mata ini hampir menitis apabila melihatnya di satu sudut terdiam keseorangan ...
Sedangkan sahabat-sahabatnya sedang bersorak keriangan tanpa mempedulikannya..
Lain benar dirinya yang sekarang dibandingkan dengan sebelum ini .

Perasaan sedih ini hadir tanpa diundang .
Ku tegaskan sekali lagi , ianya Bukan kerana Cinta ..
Hati ini digenggam erat oleh Allah Yang Maha Agung .
Jadi,fikiranku mengatakan perasaan kasihan ini datangnya dari ALLAH Yang Maha Kuasa .
Perasaan kasih akan saudara se-Islam ku .

Sungguh,salahnya kerana bertindak tanpa memikirkan akibat yang akan ditanggung .
Salah juga si sahabat , meninggalkannya tatkala dia terumbang ambing ..
Allah , hanya padaMu kami menyembah dan memohon pertolongan ..
''Wahai Allah Yang Maha Pengasih , kembalikanlah dia ke jalan yang benar .Sedarkanlah dia sebelum terlewat.
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun.Jadikanlah dia orang yang suka dan cinta akan kebaikan. Amiin.''
Allah , Engkau Maha Memakbulkan doa..Kau makbulkanlah doa ku ini ...

Dia juga manusia ,
Layak diberi peluang untuk berubah ...
Sahabat , mengapa kau tinggalkannya di saat genting ini ?
Aku tak mampu untuk bertindak melainkan hanya doaku mengiringinya...
Kau sahabat !
Apa guna digelar 'sahabat' andai hanya untuk bersuka ria ,
Meninggalkan insan yang terleka dek nikmat dunia tanpa menegurnya ...
Apa guna ?

Sungguh , dia memang seorang yang sukar dibawa berbincang ..
Dia seorang yang panas baran ..
Dia seorang yang terlupa akan indahnya Islam kerana diuji dengan nikmatnya Dunia ..
Tetapi,Allah Maha Pengampun .
Mohonlah pengampunanNYA , nescaya DIA akan mengampunimu .

Hari ini , aku sempat bercakap dengannya .
Aku menyapanya ,
kerana apa ?
Kerana aku ingin dia tahu ,
masih ada yang sudi menerimanya walaupun tahu apa yang telah dilakukannya ...

Firman Allah swt:
“Dan bersegeralah kamu kepada keampunan Tuhanmu & syurga yang terbentang seluas langit & bumi yang disediakan bagi orang yang bertaqwa.” [ali-Imran (3) : 133]

[09092013]