13 Oct 2013

Teka-teki Imam Ghazali




Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = ” Orang tua “

Murid 2 = ” Guru “

Murid 3 = ” Teman “

Murid 4 = ” Kaum kerabat “

Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Negeri Cina “

Murid 2 = ” Bulan “

Murid 3 = ” Matahari “

Murid 4 = ” Bintang-bintang “

Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”

Murid 1 = ” Gunung “

Murid 2 = ” Matahari “

Murid 3 = ” Bumi “

Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “

Murid 1 = ” Baja “

Murid 2 = ” Besi “

Murid 3 = ” Gajah “

Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Kapas”

Murid 2 = ” Angin “

Murid 3 = ” Debu “

Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

5 Oct 2013

Hanya Tuhan Yang Tahu .



Hari ni Sabtu .. Macam biasa , Date aku dengan Sir Math dan Addmath aku serta kawan-kawan aku yang nak menuntut ilmu ..
Aku insan yang belajar addmath dengan penuh rasa curiga .. Apakah manfaatnya , apakah perlunya , apakah kegunaanya aku dan yang lain-lain belajar addmath ?
Sedangkan aku bukan lah ingin menjadi seorang cikgu Addmath yang digeruni orang ramai .
Mungkin ada sesuatu yang belum tersingkap pada pandangan aku ..
Biarpun begitu , aku tetap berpandangan ianya ILMU ALLAH .. jadi,aku tak berhak untuk Celupar dan cakap bukan-2 tentangnya .. Astaghfirullahhalazim ...

Seperti biasa , aku pergi untuk menuntut ILMU matematik dan matematik tambahan .. Aku keluar dari rumah pukul 4.10 mungkin dan i'm not sure pukul berapa sampai ke tempat tusyen .
Rasanya 5 minit je sampai sebab naik motor. Cuaca agak mendung dan sempat hujan sekejap ..
Aku pun menaiki tangga sambil membetulkan tudungku yang ditiup angin dek membonceng motor tadi ..
Sampainya aku didepan pintu kelas tusyen ku , suprise ! Nobody was there except my Sir and an Indian's girl .
Fuhh ! Lemah semangat ... Stress ! macam-macam laa  dalam otak ni .
By the way , aku try positive thinking by saying that "they will come . they just late." Kononnya !
Masa berlalu dengan lambatnya .. Tik .. tok .. Tik .. tok ..Tik .. tok ..
Entah kenapa , disaat aku keseorangan ni la aku terlupa untuk pakai jam .. Geram sangat .

Sir pun bagi la kertas soalan yang perlu aku buat ..
Nasib la soalan yang Sir bagi tu agak senang dan ada contoh .. Kalau tak jenuh jugak la , nak kena tanya Sir .
Aku ni bab bertanya , berat mulut sikit .. Bab merapu no.1 . hehe.
So,aku pun buat la soalan tu dengan kusyuknya ..
sekejap tanganku menari-nari di atas kertas,sekejap lagi tergedik-gedik di atas kalkulator ..
Kawan-kawanku tak kunjung tiba jua .. Aku kecewa dengan mereka ! Haha.
Berpakatkah mereka untuk membiarkan aku keseorangan hari ini ?
Lupakah mereka akan 'Date' yang selalu kami hadiri beramai-ramai ?
Pening aku memikirkannya ..
Sebenarnya , tak perlu pun aku nak ambil port kalu diorang tak datang tapi saja nak kusutkan kepala otak ni ..
Biar dia berfikir sikit .. Hehe.

Kemudian , Sir mengeluarkan kertas Addmath dan memberinya kepadaku .
Aku terima dengan hati terbuka kertas itu . Cewwah !
Aku pun siapkan kertas Mathematic dengan sepinya ..
Beralih ke kertas Add Math . Aihh ! Berpinar mata .. Nak kata solan ditulis dalam bahasa Perancis , tak nampak gaya pun ..
Tapi,entah kenapa susah benar nak fahamkan soalan tu ..
Aku paksa diriku untuk menyelesaikannya juga .. Dan seperti biasa , ianya takkan dapat diselesaikan oleh ku tanpa bantuan Pakar ..
Sekejap-sekejap Sir tanya "Ada apa-2 soalan ?"
Dengan muka selamba badaknya , aku menggeleng .. Ada ke patut ?! hurmhh ..
Entah laa . Otak aku keliru !

Setelah satu jam setengah berlalu , Sir ask me.. "Kawan awak yang ambil addmath tu tak datang ke ?"
Macam biasa , jawapan aku "Tak tau."
Haa,Sir bagi Hint la tu yang sekarang ni dah waktu Addmath ..
Actually , kawan aku yang Sir maksudkan tu dah berhenti ..
Aku malas nak cerita panjang and said No .
So,sekarang ni aku tunggu kawan aku yang sorang lagi yang belum berhenti Miss D .
Tunggu .. tunggu .. tunggu ..
Hampeh ! Tak datang jugak . Jangan-2 , dia pun dah berhenti tak ?
Uwaaaa ! Nak nangis .. Sorang-sorang la aku lepas ni ... Aku pun nak stop jugak .. Not fair betul laaa..

Kertas addmath yang soalannya tak dapat aku selesaikan , dijadikan tempat meluahkan perasaan .
Ah , aku keliru ! Kesian kertas tu , hampir kesemua tempat kosong telah aku isikan dengan luahan hatiku ..
Aku sempat memikirkan idea jahat ..
Aku terfikir untuk memberi sesuatu alasan kepada Sir supaya aku boleh balik rumah awal daripada yang biasa ..
"Sir,what's time now? Let's go home now coz I wanna go back to my hometown . Wanna visit my Grandma ."
Tu la yang ada dalam kepala otak aku .. Tapi , berat sungguh nak keluar . Tersekat dekat tengah kerongkong . Kelu . Terdiam . Membisu .
Angan-angan hanya lah tinggal angan - angan ...
Sediyh !


[05102013]

Kesekian kali ?

Assalamualaikum .. 



Setelah lama menyepikan diri , daku kembali menaip disini .. Hurm , mood tengah UP nak join GiveAway .. Agak lama tak join .. Rindu rasa hati nak terima hadiah .. ehehe ~

Sejak dua menjak ni agak busy dengan kehidupan sebagai seorang Calon SPM .. Bulan 9 hari tu Percubaan SPM dah settle . Result dah keluar .. Alhamdulillah 

Sekarang ni , tengah struggle untuk menghadapi SPM sebenar ..
Tusyen sekolah + tusyen luar .. Memang agak busy bila hari sekolah .. Hari - hari cuti pun busy jugak , dengan kerja sekolah dan tusyen ... Mungkin , ini dinamakan pengorbanan belajar . Hoho ..

Apa-apa pun , tetap cari masa untuk hiburkan hati dan hilangkan stress .. Waktu-2 kemuncak macam ni , Cikgu selalu pesan jangan STRESS .. Bahaya kalau stress .. tak pasal-pasal hilang habis segala ilmu yang dipelajari . Otak jammed ..  Nauzubillah ~

Moga Allah permudahkan segala urusan kita dan berikan keputusan yang terbaik . insyaAllah 

P/s : Dah-2,tak yah duk cerita panjang-2 .. jom pi join GA

18 Sept 2013

M E N U L I S !



Assalamualaikum , buat sahabat-2 yang sudi membaca or terbaca :)

Aku bukan lah orang yang pandai menulis . Ayat ku , semuanya ayat-2 skema and ayat orang kampung ..
Nak berbahasa baku ? Tunggu exam je kot ..
TAPI , keinginan untuk menulis tu membuak-buak ..  pelik , kan ?
Aku suka sangat baca hasil karya penulisan sesiapa yang pandai menulis .
Ayat-ayatnya indah dan sedap dibaca :)
Sedangkan ayat aku , tunggang langgang . Sesiapa yang berjiwa seni saja yang mampu faham ayat putar belit ku ini .. hehe

Hari ini 18 September 2013 .
Trial SPM pun dah  lama tamat dan result pun telah diketahui ...
Alhamdulillah , keputusan agak memberansangkan ..
Even markah cukup-cukup makan , tetap rezeki juga kan ? Syukur , ya Allah .

Seorang sahabat bertanya , " Mahirah , hangpa sedih dak kalau tak dapat A ?"
*Cek ni dah la tak berapa reti nak bersoal jawab .. hadoii !*

Aku pun jawab ,
" Entah , tak taw .. haha*gelak* ." Diam seketika ..

Aku menyambung ,
 " Kalau dah usaha tapi tak dapat , rasanya tak terkilan sangat .. Kalau tak usaha , tak dapat .. ha,yang tu memang patut. At least , kita dah USAHA . Macam cikgu kata , Redha tu kena ada juga .. "

Nur Imtiaz
[18092013]

7 Aug 2013

Pos Laju datang ! ~ Selamat Hari Raya

Assalamualaikum ... Apa khabar ? Pejam celik - pejam celik , Ramadhan dah nak berlalu .
Moga Ramadhan ini membawa seribu satu makna kebaikan buat seluruh umat Islam .. InsyaAllah :)


Haa , meh nak cerita pasal tajuk kat atas tuu .
PAgi tadi , waktu sedang tolong mak balut ketupat , tetiba je dengar "Pon ! Pon ! Pon !"
haa , Pos Laju . Pastu , cek dengar macam my sisi cakap barang untuk my mom ...
So , cek pun buat tak hairan je laa .. jadinya , mak la yang pergi ambil barang tu kat PakCik Pos Laju .. hehe :)

At the end , that was my barang ! hee ~
Shawl dari My Bawal Project :)
Hadiah daripada Mini Giveaway by Nur Zahirah .
Alhamdulillah , thanks kepada adik penganjur dan akak sponsor :))

Ni ada sedikit gambar shawl yang baru dapat tadi :) :

*haa , ini lah shawlnya .. biru !


*model yg dikenali ramai *~bantal Doraemon


*saja duk try .


*HannaHHilal ~MyBawalProject




Jom kita melawat blog adik Zahirah :) : KLIK !
dan jom melawat dan boleh tengok shawl-2 dan tudung-2 yg cantik , di My Bawal Project ! *klik


Aidilfitri pun dah nak menjelang , jadi saya update siap-2 la ye , ucapan Hari Raya :)


“Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. 

SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. 

24 Jul 2013

Practice Makes Perfect !



Assalamualaikum ...

Alkisah pagi hari ,

 "Kamu semua ada tak letak apa target kamu untuk SPM atas meja masing-2 ???",cikgu Addmath bersuara .
Aik ? tetiba cikgu tanya camni .. kenapa ? Semua pakat geleng and said tak dak ..
 Op coz la tak , kan ...huhu.*tahun lepas ja letak*

And suddenly , Cikgu bersuara lagi .. "Ok ,Mahirah !"  "haa ?",dengan muka terpinga-pinga aku menyahut panggilan cikgu ..
"Ok , 75 ." and I'm smiled ... TArget markah add math lettew ... hihi .

Allah , tingginya target Cikgu .

And Cikgu said again to the all students, "Boleh tak ? Boleh ke tak tu , pada kamu ..
kalau kamu buat latihan kamu boleh la ..
Addmath ni kena buat setiap hari .. KAmu kena dengan dia selalu .."

In my heart , "that was true , but ..... " hoho .. It's a litle bit hard to do ...

MAsih terngiang-ngiang apa yang cikgu kata , It's all about Latihan ! Latihan ! dan Latihan !

Allahu Rabbi ... Bantu lah kami calon-2 SPM untuk mendapat keputusan yang cemerlang .. Amiin YA Rabb .

[23072013]

4 Jul 2013

New Header of Beyondtotheinfinity a.k.a Fly High :)

Assalamualaikum .. Camne ? Your first impression about my new Header ? Hehe..




Comelkan doodle-2 tu , those doodles dikreditkan kepada :

http://www.miraahussin.com (Dua doodle muslimah)


And aiskrim tu lupa siapakah empunya doodle.. Maafkan saya ..
Apa-2apa pun , thank u kepada semua kerana menghasilkan freebies doodle yang sangat comel ! :)

11 Jun 2013

Haishh .. lama x update . ~

Assalamualaikum .. apa khabar ? hermm , lama bebenor FH tak update blog nihh ..
Dah bersawang pun haa ... Hehe . FH busy sikit ...
Al-maklumla , dah tertaut hati dgn Running Man ,tu yang liat sikit nak bukak Blog ...
Apa-2 pun , Alhamdulillah .. Mini GA dah pun selesai .. lega rasa hati ni .. :)




Ok , sangat speechless skrg ni..
Nak tulis apa ehh ? ? exam ?
Alhamdulillah , ok . Minggu ni minggu dapat result , minggu depan minggu bertemu pengetua .. :)
Faham-2 je la , calon SPM :)

Ok laa , x taw nak kata apa dah ... TC !

FH a.k.a Fly High :D

25 Apr 2013

Blog Bertukar Wajah

Assalamualaikum :) 

Hari ni just nak beritahu korang  yang blog Fly High dah bertukar wajah . Sebelum ni , memang duk berkenan nak buat bagi background post tu jadi warna putih . tak mau transparent . 
tadaaa ! dah jadi dah . Saya buat macam orang lain jugak . Godek-godek blog :) HIHI.

Alhamdulillah . tapi , x taw la sedap tak mata anda-2 semua memandang blog FH ni .
 Harap-2 kome suke la yaa . Nah , ni gambar-2 nye . tak pun , tengok LIVE je terus .




























Dan ini HEADER terbaru saya :)
Suka untuk saya beritahu yang doodles-2(freebies) yang comel ni saya ambil dari Kak Safieyna dan Adik Yaya Hatsumi .
Kak Safieyna- Semua doodle perempuan dan kartun .
Adik Yaya-Belon dan kamera Lomo .

Comel dan awesome kan hasil kerja mereka ?
FH pasti anda pun suka dengan doodle diorang .
Jadi those doodle credit to :




5 Apr 2013

(3 x 3) ÷ (3 x 1) + 1 - 3 = 1




Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Sehari-hari ini , aku begitu sibuk. Mengalahkan pihak-pihak jawatankuasa mahupun JKK Kampung yang sedia ada di dunia pinjaman ini.
Aku terus melangkah walau kaki ku kurang terdaya untuk itu. Aku terus cuba dan mencuba melalui hari-hari ku yang telah diaturkan dengan sebaik-
baik pengaturan oleh Allah S.W.T. Hariku sebagai seorang pelajar , kelihatan amat sibuk sekali. Terlalu banyak amanah yang perlu diselesaikan dalam
waktu yang ditetapkan . Dan sekarang , April telah menjelma. Kalau sebelum ini , ia hanya melambai-lambai kepadaku tapi kini ia telah datang bertemu ku.
Apa aku harus gembira atau bersedih ? Sudah tentu , aku gembira! Allah masih mengizinkan aku meminjam nyawa , melihat dan menatap dunia yang dipinjamkan ,
 terus beribadah dan taat padaNYA. InsyaAllah. Kekadang , aku lelah dalam mengejar dan menuntut ilmu. Lantas , dengan segera aku mengingatkan diri.
Kelelahan ini hanya seketika jika dibandingkan nikmat kebaikan yang kita akan depat sebagai balasan pengorbanan kita. Allahu Rabbi.
Siapa yang tidak suka , jika hanya perlu melayari internet , melayan Facebook , Twitter dan pelbagai laman sosial yang lain ? Aku juga sangat tertarik dan
begitu asyik jika memasuki laman sosial . Sedangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan yang terdapat padanya . Aku menjadi begitu lalai.
"Allah ... Selamatkan aku !",hati kecilku memohon. Aku hanya manusia biasa yang tak terlepas daripada digoda oleh syaitan .


Percakapan antara Allah dan Iblis tertulis dalam QS.Shad:79-85 :
Iblis berkata: “Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan.
Allah berfirman: “Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh,sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya (hari Kiamat).”
Iblis menjawab: “Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya,kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka.
Allah berfirman: “Maka yang benar (adalah sumpah-Ku) dan hanya kebenaran itulah yang Ku-katakan,Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka Jahannam
 dengan jenis kamu dan dengan orang-orang yang mengikuti kamu di antara mereka kesemuanya."
Nauzubillah .....

Tetapi , itu tidak menjadi sebab untuk kita tunduk kepada iblis laknatullah. Yang layak disembah hanya Allah. Hanya Allah semata-mata.
Aku senantiasa meyakinkan hatiku dengan berkata , "Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.". Seringkali , aku mengulanginya
andai aku kecewa atau tidak dapat apa yang diingini mahupun apa yang diharapkan . Maka , terubatlah hati yang sedang kecewa itu
dengan keyakinan kepada Tuhannya,Allah S.W.T.

Allah... Allah... Allah ...

p/s : Kenapa tajuknya (3 x 3)  ÷ (3 x 1) + 1 - 3 = 1 ? Bagi saya ,apa pun yang berlaku akhirnya kita akan kembali pada Allah Yang Maha Esa.


Cinta yang pasti berbalas ialah cinta kepada pencipta cinta; Allah yang Maha Pencinta :)
Jom bercinta dengan Allah jom :) -Via Ustaz Zahazan.

 Nur Mahirah
1836
050413
Kedah
Malaysia

9 Mar 2013

It was Yesterday


Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam'alaik :)

Esok or maybe ini hari (8 Mac 2013) saya pergi pertandingan Kejohanan Petanque Negeri Kedah 2013 anjuran ANGKASA :) .. nervous , k !

actually , saya baru sangat *terlalu baru* dengan permainan ini .. haa ..
dah rezeki .. Pergi je la main , ambil pengalaman ..

Orang kata , "Pengalaman tak dapat dibeli dengan wang ringgit , kita kena 'feel'nya sendiri ." Hoho. :D
Setelah beberapa training , insyaAllah team saya n sahabat-2 sy yg menyertai sudah bersedia untuk
menghadapi hari perlawanan ..

Tahu-2 je laa , esok nak pergi malam ni tidur tak lena laa.. huhu.
Butterflies in my stomach tak reti duk diam .

Kite orang pergi lawan dekat Resort Bendang Man *pronounce elok-2 ye*
Kalau tak silap , wakil dari  sekolah saya ada 4 teams .. perhaps !
2 team lelaki , dan 2 team perempuan ..
Kami dijangka ke tempat pertandingan menaiki van ..
haa,sumbat jugak bagi muat ! :))



After that , on Sunday i will continue my examination ..
Subjek Pend.Islam dan Tasawur ..
huu ..pening kepala .. buku tak baca lagi ..
nak pi jawab apa time exam nanti ??
"Ajib ama yak ti , jawab apa yang reti .." HOHO.



huishh .. nervous laa .. gundah gulana ..macam-2 feeling ada nihh ..
serabut urat perut !

Ya Allah , KAU permudahkanlah segala urusan kami.. Amiin .. InsyaAllah ...


Kemudian, apabila kamu telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal. [ali Imran, 3:159]


written on 12.32 am.


2 Mar 2013

A red-letter day for me :)

Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam'alaik :)

WOhaa ! Yehuu !!
Erk..erkhemm ..

Alhamdulillah .. today is 2nd March 2013 .. Today is a red-letter day for me , k .*idiom u ols*
Maka,pada hari ini genaplah 17 tahun Nur Mahirah hidup 
di muka bumi ini yang sekadar pinjaman ..

Thank you Allah .. 
17 tahun ?? Matang dah oii .. not tua , k ? HAHA.
Syukur ke hadrat ILAHI ,masih diberi kesempatan untuk bernafas dan untuk menjadi hambaNYA ..

Let me show u guys something :)  *buat muka JAKUN*











InsyaAllah , my lovely mom . I'll be a solehah
daughter .. Amiin .. thank u for my mom too
was melahirkan saya on 2nd MArch :) 















And others ... :)

Terima kasih , Syukran , Thank You , Toche , NAndre , Arigato Gozaimas , Kamsahamida
to all of you yg sudi wish my birthday  and read this entry :) ..

28 Feb 2013

First Test

Bismillah .. Assalamualaikum ,awak-2 semua ..*sila jawab salam sy*



Haa , sedar x sedar esok dah 1 Mac 2013 .. cepatnya masa berlalu ..
BTW , 2 March is my birthday .. -heppy2- :)
after that on 4th March till 10 March i will having first test..
wish me luck ! n pray for me too .. *nervous!*



ok , tu je laa yg nk story pn .. take care ..
salam'alaik :)



FIRST TRIAL WITH PAINT TOOL SAI :)


16 Feb 2013

Aku TERLALU Lalai !

Bismillah .. Assalamualaikum,semua ...

Apart from this , I need to kurang-2kan waktu sy depan lappy melayari internet .. need to focus on my Exam.. on my SPM .. for my future !

My first ujian on 4th March 2013 ..
Pray for me :)
Wish me luck ye awak semua .



Saya perlu bangun dari TIDUR YANG PANJANG !

Mahirah,wake up ! wake up ! wake up !
Ramai insan-2 termasuk dirimu sedang mengharapkan sebuah kejayaan ..
Allah...

Ya RAbbi , bantulah hambaMU ini ... Amiin ..
InsyaAllah .

~ALLAH sentiasa bersamamu , dear !

4 Feb 2013

Terbang melayang


Wednesday ..
nak jadi cerita nya hari tuu....
time PJK(Pend.Jasmani & Kesihatan) kemmainn semangat main badminton ..
tengah seronok duk main ..
tibalah masanya nak tunjuk skill yg kononnya hebat ..
Smash la apa lagi ...


suddenly,
aikk ?? apa yg melayang tu ?
bulu tangkis ka ? ish , x ..
rupa-2 nya raket yang terpelanting .. Subhanallah..
ganas sungguh ! hehe.


apa lagi , pakat gelak la ngan kawan2..
Alhamdulillah,tiada kemalangan or kecelakaan yg dilaporkan..

kalau x , x pasal-2 ja diambil tindakan..
:)

p/s : kepada sahabat-2 blogger sy , maaf dipinta ..belum sempat membalas kunjungan ...
insyaAllah , i will do it when i have a free time :)

2 Feb 2013

ADDITIONAL MATHEMATICS !


ADDITIONAL MATHEMATICS !

Subjek yg U Ols suka kan ?? kan ....
next week , on Sunday .. Teacher nak buat test ..

dgr-2 je , berkecamuk , berselerak butterflies in my stomach .masing2 cuba memboloskan diri masing2 ...
oh , no !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (scream loudly)



aduii pun ..
tak pa .. thinks positive , dear ..
it's for ur future .. :)



moga bantuan Allah sentiasa mengiringi kita ..insyaAllah :)

~doakan saya agar  dipermudahkan segalanya..insyaAllah.



#status : dupdap dupdap .

1 Feb 2013

Alahaii , dunia !


ALLAH sedang menurunkan rahmatNYA..
Hujan sedang membasahi bumi ....
titisan hujan itu kedengaran begitu segar ..
Baunya dapat dihidu ..
Ahh , indahnya dunia pinjaman ini ..
 "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? "



Sewaktu menghadiri kelas tusyen BM ,my Sir told me that He's very sad ..
why ? Student beliau di pusat tusyen yg lain .. langsung x boleh ditegur ..
bila Sir tegur yg dia salah , the student said,"Sir yg salah ." ..
Ahh , how laa ?
kenapa la sampai x boleh ditegur ? kita pergi tusyen utk menuntut ilmu dan ditegur oleh org yg lebih arif
tentang kesalahan kita ..supaya kita mengetahui apa yg benar ...


My Sir was very upset .. pity to him ...
n the best thing he's non-Muslim but he said , " Nanti , saya nak kena jawab kat sana ..(Jarinya ditunjuk ke atas) kalau saya tak tegur , tak ajar betul-2 .."

I salute him .. He is a young and dedicate teacher ...
My Sir story lagi ,beliau kat sekolah banyak bagi Latihan kat budak-2  ..
wahh , mmg la agak letih utk student tapi insyaAllah result exam akan Gempak ! :)
tapi,yang beliau sedihkan ialah budak-2 x beri kerjasama dgn usahanya ..
apa-2 usaha yg dilakukan mestilah perlukan kerjasama kedua-dua belah pihak , right ?haa,cer-try tepuk sebelah tangan . cer-try ..cer-try ..!

bunyi tak ?? whats ?! x bunyi kan ? same like the story kt atas ...

Ada erti ?!


and one more things , he told me that when he smiled to his student ..
His student ignored him .. org melayu kata buat dekkkk ja ..
Ada ka patut ? tak patut...(geleng kepala berkali-2 )


Sepatutnya , kita sebagai student perlu ada rasa hormat , rasa kasih kepada sesiapa
saja yg memberikan/berkongsi ilmu dgn kita ...
Apabila terjumpa dgn cikgu-2 , pergi la tegur ..tanya khabar n others ..
Show to they that we're appreciate them ..
insyaAllah , kita boleh !



U ols nak tahu kenapa my Sir boleh berstory bnyk-2 hari ni ?
because , hari ni I ols seorg je yg hadir ke tusyen ..
yg lain , mybe ada hal yg x dpat dielakkan yg menghalang diorg utk hadir ke tusyen ..
wallahu'alam...



bip-2 : ohh , u ols..maafkan atas penulisan saya yang agak caca merba ini ..
yg baik itu dr ALLAH SWT .. yg buruk itu dtg dr saya sendiri ..
wallahu'alam.

(wrote on 31/1/2013,10:32pm)

30 Jan 2013

Kerdilnya aku ...

Assalamualaikum..
Diri ini baru ja selesai m'baca kisah arwah Kak Hajar... Allah...hebatnya beliau..
Jika dibandingkan dgn diri ini..terlalu kerdil dan hina rasanya diri ini..
Bg yg b'minat nk tahu tntg kisah mujahidah ini,hnya taip SITI HAJAR AHMAD SABIR di carian google..
ALLAHU AKBAR!


AL-FATIHAH 

28 Jan 2013

Kasih Padamu



Rasulullah
Dalam sirahmu
Kutemu tulusnya cinta
Demi umatmu
Berkorban jiwa 
Sehingga hujung nyawa

Kau diutus atas nama kebenaran
dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki takhta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi Lillahi Ta'ala
Azimat yang berharga

Rasulullah
Dengan hikmahmu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliah

Rasulullah
Engkau tinggalkan semangat juang tertinggi 
Membina satu aqidah
Membangun iman
Bertahun di lapangan mujahadah

Sahih hadith dan Al-Quran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang kau wariskan
Akan selamat di dunia dan akhirat

Rasulullah
Terlalu Rindu
Padamu junjungan jiwa
Di dalam sunnah yang utama
Menyambungkan kasih denganmu

Rasulullah
Dalam sirahmu
Kutemu tulusnya cinta
Demi umatmu
Berkorban jiwa 
Sehingga hujung nyawa

Rasulullah
Dengan hikmahmu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliah

Ya Rasululluh... Ya HabibAllah
Pabila terkenangmu, mengalir air mataku..


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ



wanna tell u ols

u ols .. Sy dah bnyk kali tulis something utk diupdate ..tp, failed.. Mybe sbab gna fon.. Redha je la.




26 Jan 2013

Cek adik ooii !

Hei , kau !
tak reti-reti ke yg engkau tu calon SPM !

"so , what ?! "



hisshh .. so , jgn la asyik nk online je memanjang .. kalau online dgn BUKU , x pe la. ..
kalau kadang-2 x pe laa ..
ni , dah hampir tiap-2 hari ..
banyak cantik muka ey-kaw !

dah-3 ! lupakan online .. tinggalkan dia ..
dia x menjamin kan kau strettttttttt A+ pun in SPM,cek adik oooi !

"okey-2 , i'll try ! " insyaAllah ..

moral of the story : x yah ikut sgt kehendak yg x berfaedah .. paksa diri kita .. lama-2 , ok laa ..
kita akan okey dgn sendirinya  .. hee ~ :)



paham ke tidak ?
ada erti ?! ~buat2 paham la yee ..

24 Jan 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H.

Assalamualaikum ..
Salam Maulidur Rasul 1434H
 :)


Allahhumma Solli 'ala Muhammad 

20 Jan 2013

#Wordless Sunday


Assalamualaikum .. how r u ?
hopefully , all of u were enjoy your day ..

I'm not in a good condition ..

my eyes feel 'pedih' ..
don't know why .. maybe , i spent too much time in front of the notebook .
maybe..
ermm,it's ok laa...

Lalala...laalala..lalala..lala...

"If u remember Allah in prosperity ,
He'll not forsake u in adversity."

but,the problem is how can Allah wanna help us in

adversity if we forget He in prosperity ??
we just remember Allah when we got problems ..
when we happy , hooray-2 .. we forgot..forgot..and forgot ..

same like me too .. incontrovertibly !


but Allah is Ar-Rahman and Ar-Rahim ..

He always help us .. and help us  ..
anytime , we got a problem . He's there for us ..
Allahu Rabbi ..
ALLAH never leaves us .. NEVER !

so,renung-2kan dan selamat beramal ! *PEace WitH ImAn*