Hanya Tuhan Yang Tahu .



Hari ni Sabtu .. Macam biasa , Date aku dengan Sir Math dan Addmath aku serta kawan-kawan aku yang nak menuntut ilmu ..
Aku insan yang belajar addmath dengan penuh rasa curiga .. Apakah manfaatnya , apakah perlunya , apakah kegunaanya aku dan yang lain-lain belajar addmath ?
Sedangkan aku bukan lah ingin menjadi seorang cikgu Addmath yang digeruni orang ramai .
Mungkin ada sesuatu yang belum tersingkap pada pandangan aku ..
Biarpun begitu , aku tetap berpandangan ianya ILMU ALLAH .. jadi,aku tak berhak untuk Celupar dan cakap bukan-2 tentangnya .. Astaghfirullahhalazim ...

Seperti biasa , aku pergi untuk menuntut ILMU matematik dan matematik tambahan .. Aku keluar dari rumah pukul 4.10 mungkin dan i'm not sure pukul berapa sampai ke tempat tusyen .
Rasanya 5 minit je sampai sebab naik motor. Cuaca agak mendung dan sempat hujan sekejap ..
Aku pun menaiki tangga sambil membetulkan tudungku yang ditiup angin dek membonceng motor tadi ..
Sampainya aku didepan pintu kelas tusyen ku , suprise ! Nobody was there except my Sir and an Indian's girl .
Fuhh ! Lemah semangat ... Stress ! macam-macam laa  dalam otak ni .
By the way , aku try positive thinking by saying that "they will come . they just late." Kononnya !
Masa berlalu dengan lambatnya .. Tik .. tok .. Tik .. tok ..Tik .. tok ..
Entah kenapa , disaat aku keseorangan ni la aku terlupa untuk pakai jam .. Geram sangat .

Sir pun bagi la kertas soalan yang perlu aku buat ..
Nasib la soalan yang Sir bagi tu agak senang dan ada contoh .. Kalau tak jenuh jugak la , nak kena tanya Sir .
Aku ni bab bertanya , berat mulut sikit .. Bab merapu no.1 . hehe.
So,aku pun buat la soalan tu dengan kusyuknya ..
sekejap tanganku menari-nari di atas kertas,sekejap lagi tergedik-gedik di atas kalkulator ..
Kawan-kawanku tak kunjung tiba jua .. Aku kecewa dengan mereka ! Haha.
Berpakatkah mereka untuk membiarkan aku keseorangan hari ini ?
Lupakah mereka akan 'Date' yang selalu kami hadiri beramai-ramai ?
Pening aku memikirkannya ..
Sebenarnya , tak perlu pun aku nak ambil port kalu diorang tak datang tapi saja nak kusutkan kepala otak ni ..
Biar dia berfikir sikit .. Hehe.

Kemudian , Sir mengeluarkan kertas Addmath dan memberinya kepadaku .
Aku terima dengan hati terbuka kertas itu . Cewwah !
Aku pun siapkan kertas Mathematic dengan sepinya ..
Beralih ke kertas Add Math . Aihh ! Berpinar mata .. Nak kata solan ditulis dalam bahasa Perancis , tak nampak gaya pun ..
Tapi,entah kenapa susah benar nak fahamkan soalan tu ..
Aku paksa diriku untuk menyelesaikannya juga .. Dan seperti biasa , ianya takkan dapat diselesaikan oleh ku tanpa bantuan Pakar ..
Sekejap-sekejap Sir tanya "Ada apa-2 soalan ?"
Dengan muka selamba badaknya , aku menggeleng .. Ada ke patut ?! hurmhh ..
Entah laa . Otak aku keliru !

Setelah satu jam setengah berlalu , Sir ask me.. "Kawan awak yang ambil addmath tu tak datang ke ?"
Macam biasa , jawapan aku "Tak tau."
Haa,Sir bagi Hint la tu yang sekarang ni dah waktu Addmath ..
Actually , kawan aku yang Sir maksudkan tu dah berhenti ..
Aku malas nak cerita panjang and said No .
So,sekarang ni aku tunggu kawan aku yang sorang lagi yang belum berhenti Miss D .
Tunggu .. tunggu .. tunggu ..
Hampeh ! Tak datang jugak . Jangan-2 , dia pun dah berhenti tak ?
Uwaaaa ! Nak nangis .. Sorang-sorang la aku lepas ni ... Aku pun nak stop jugak .. Not fair betul laaa..

Kertas addmath yang soalannya tak dapat aku selesaikan , dijadikan tempat meluahkan perasaan .
Ah , aku keliru ! Kesian kertas tu , hampir kesemua tempat kosong telah aku isikan dengan luahan hatiku ..
Aku sempat memikirkan idea jahat ..
Aku terfikir untuk memberi sesuatu alasan kepada Sir supaya aku boleh balik rumah awal daripada yang biasa ..
"Sir,what's time now? Let's go home now coz I wanna go back to my hometown . Wanna visit my Grandma ."
Tu la yang ada dalam kepala otak aku .. Tapi , berat sungguh nak keluar . Tersekat dekat tengah kerongkong . Kelu . Terdiam . Membisu .
Angan-angan hanya lah tinggal angan - angan ...
Sediyh !


[05102013]

4 comments:

Mrs. Wordy said...

Salam. Bace post adik ni, teringat akak last year waktu akk SPM, mmg tak terkata lah betape susahnye addmath >.< tak pernah lulus *jujur ==" last2, tgk kwn2 akak drop, gentar jugak laaah. tapi akak tak drop and go on, alhamdulillah dapat C ^^
# hehe, sorry mengarut pulak di blog anda ye, hihi. Good luck ! and never give up <3 !

Nur Mahirah said...

@Mrs. Wordy Wa'salam.. terima kasih atas kesudian akak meluangkan masa membaca dan kongsikan sedikit pengalaman akak ..moga sy juga tabah seperti akak n mendapat keputusan yg baik :) insyaAllah .

misz sheyla said...

huhu gagah jugak amek tusyen add math..jangan berenti separuh jalan..go on aje... haha..akak dulu xpedulikan pun add math ni...score math mod aje...last2 nyesal... T__T

Nur Mahirah said...

@misz sheyla Ha'a..tu la,bila fikir balik dah nak smpai garisan penamat dah..hehe..insyaAllah,akan sy gagahi juga..thank u for the dorongan 😊